Ads Top

Main Ad

Dugaan Demi Dugaan, Adik Elyana Pula Positif COVID-19 Setelah Ibu

Penyanyi Elyana baru-baru ini meluahkan rasa bimbang setelah mengetahui adiknya pula telah dijangkiti wabak COVID-19.

Advertisement

Sebelum ini, ibu penyanyi itu telah disahkan positif COVID-19 pada 16 Ogos lalu dan masih perlu mendapatkan rawatan.

Ujar Elyana, adik lelakinya iaitu Eizad Ezmeer sebelum ini dilaporkan negatif wabak tersebut termasuk bapanya.

Perkara tersebut dizahirkan penyanyi lagu Kalis Rindu menerusi sebuah hantaran Instagram miliknya, kelmarin.

Dia dalam pada itu turut memohon agar peminat mendoakan kesihatan adik dan ibunya kembali sembuh seperti sedia kala dan berharap agar bapanya tidak dijangkiti.

“Semoga papa saya yang tinggal serumah dengan mereka tidak dijangkiti. Saya risau sebab papa baru dapat satu dos vaksin.” tulis pelakon drama Dunia Baru itu lagi.

Elyana memaklumkan bahawa ibunya kini menjalani kuarantin kendiri di Shah Alam dan sebelum ini dia ada meluahkan perasaan kecewa kerana tidak dapat banyak membantu keluarganya kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Dugaan Demi Dugaan, Adik Elyana Pula Positif COVID-19 Setelah Ibu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.