Ads Top

Main Ad

Faezah Elai Dituduh Cucuk ‘Botox’ Di Wajah, Rupa-Rupanya…

Pelakon jelita, Faezah Elai nampaknya telah mencuri perhatian netizen apabila wajahnya kelihatan lebih cantik daripada sebelumnya.

Advertisement

Ujar netizen, hidung dan pipi Faezah nampak lebih menawan sekaligus menimbulkan dakwaan dia melakukan rawatan kecantikan iaitu suntikan botox di wajah.

View this post on Instagram

A post shared by faezahelai (@faezahelai)

“Awat cek tengok muka hampa macam lain..tepi hidung pipi tu lain macam, cek suka muka hat lama nampak lawa..” tulis seorang warga maya di laman Instagram Faezah.

Enggan mendiamkan diri, pelakon filem Adik Manja Returns itu walau bagaimanapun menjelaskan perubahan wajahnya adalah disebabkan oleh alahan ubat yang diambilnya.

Katanya lagi, dia mengalami alahan ubat jenis paracetamol namun terpaksa mengambilnya kerana sakit kepala yang melampau akibat insomnia.

View this post on Instagram

A post shared by faezahelai (@faezahelai)

Faezah dalam pada itu sempat menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan fitnah yang bukan-bukan terhadap orang lain.

Apa-apapun semoga Faezah cepat pulih seperti biasa ya!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Faezah Elai Dituduh Cucuk ‘Botox’ Di Wajah, Rupa-Rupanya… first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.