Ads Top

Main Ad

Fiza Halim Bengang Dituduh Kaki Sondol, Pemfitnah Turut Ganggu Dua Bekas Suami

Pelakon Fiza Halim baru-baru ini tampil mempertahankan diri berikutan imejnya yang tercalar akibat digelar kaki sondol dan mata duitan sejak bulan lalu.

Advertisement

Ujar Fiza, dia kini sudah tidak dapat menahan sabar apabila individu yang memulakan cerita tersebut telah mengeruhkan lagi keadaan dengan menghubungi isteri kepada bekas suami pertamanya.

Malah, individu itu turut mengaitkan bekas suami keduanya iaitu penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adam.

Lagi lama saya diam, makin menjadi-jadi pula. Semalam pun dia muat naik status lagi. Dia siap pergi DM isteri kepada bekas suami pertama saya. {ergi kaitkan dengan orang lain termasuk Adam. Lagi lama saya diam, makin menjadi-jadi. Bukan tak tahan, tapi saya kena pertahankan diri.

Tambahnya lagi, kisah penceraiannya itu sudah lama berlaku dan sudah pun berbaik dengan bekas suami namun ada pula anasir lain yang mengeruhkan keadaan dan membuat onar.

Enggan mendiamkan diri, Fiza juga ada mengajak individu tersebut untuk bertemu dengannya tanpa perlu menyebarkan perkara fitnah kepada umum di media sosial.

Advertisement

“Kalau betul tak puas hati, mari berjumpa dengan saya. Cukup la saya kena maki, kena caci dan keluarga semua kena hina. Dalam minggu depan Insya-Allah, saya akan dapat keputusan daripada pihak polis.” kata FIza.

Terdahulu, Fiza telah mendirikan rumah tangga bersama Aizat Al-Jefri Abdul Kudus pada Disember 2016 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Perkahwinannya bersama Aizat merupakan pernikahan kali ketiga buat Fiza.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Fiza Halim Bengang Dituduh Kaki Sondol, Pemfitnah Turut Ganggu Dua Bekas Suami first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.