Ads Top

Main Ad

Foto Disalahguna Untuk Iklan Judi, Izzue Islam Buat Laporan Polis

Pelakon dan juga penyanyi, Izzue Islam dilaporkan telah membuat laporan polis berikutan fotonya telah dimanipulasi untuk pengiklanan judi online di media sosial.

Advertisement

Maklum Izzue, dia telah membuat laporan di Balai Polis Klang sebgai tindakan susulan terhadap maklumat yang diberikan orang ramai kepada dirinya.

View this post on Instagram

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

Dia juga menafikan sekeras-kerasnya penglibatan dalam iklan yang tidak bermoral seperti itu.

Saya tidak pernah terjebak dengan iklan kasino dalam talian! Tolong jangan buat orang keliru. Terima kasih pada semua yang mesej, kalau anda tak DM, saya pun tak tahu pasal ni.

Sejak semalam, tular di media sosial yang memaparkan Izzue sedang mempromosikan sebuah laman web judi online.

Dalam foto tersebut, gambar Izzue yang sedang memegang telefon bimbit telah disunting dengan berlatar belakangkan sebuah pusat pelancongan terkemuka.

View this post on Instagram

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

Advertisement

Selain itu, foto tersebut turut memuatkan iklan promosi kasino terbaik yang ditawarkan mereka.

Ujar Izzue lagi, tindakan tersebut adalah melampau dan tidak patut dilakukan sekaligus memaksanya untuk membuat laporan polis.

“Ini juga sebagai amaran supaya jangan ada lagi pihak sewenang-wenangnya menggunakan gambar selebriti sesuka hati.” tambah Izzue mengakhiri bicara.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Foto Disalahguna Untuk Iklan Judi, Izzue Islam Buat Laporan Polis first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.