Ads Top

Main Ad

“Ini 3 Benda Wajib Ada Di Rumah..” Dr. Izzar Suruh ‘Standby’ Barang Ini Jika Kuarantin Di Rumah

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan garis panduan baru buat mereka yang telah dijangkiti COVID-19 dan tidak bergejala serta berisiko tinggi untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah dan kini tidak perlu datang ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

Advertisement

Berikutan itu, Dr. Izzar Anwari yang juga suami kepada pelakon Ummi Nazeera tampil memberikan sedikit pesanan agar sentiasa cakna dengan keadaan kesihatan diri dari hari ke hari.

View this post on Instagram

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

Ujar Dr. Izzar lagi, pesakit COVID-19 yang menjalani kuarantin di rumah disarankan untuk memilik tiga benda penting ini di samping mereka.

Tak kisahlah anda positif ke tak, beli sekarang tiga benda ini. Belikan untuk mak ayah sekali. Ada kes yang tak tau pun dia positif pastu masuk hospital dah CAT4/5, ada yang kuarantin di rumah mula-mula CAT1 pastu tiba-tiba CAT3/4 dah bila dia ke hospital. Kalau delta varian ini ganas ya.

Antara alat-alat yang disenaraikan adalah Pulse Oximeter, Blood Pressure Monitor dan juga Thermometer.

View this post on Instagram

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

Advertisement

Dia juga ada menerangkan fungsi alat-alat yang dinyatakan menerusi sebuah perkongsian di laman Instagram untuk pengetahuan netizen dan juga pengikut media sosialnya.

Take note ya guys!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Ini 3 Benda Wajib Ada Di Rumah..” Dr. Izzar Suruh ‘Standby’ Barang Ini Jika Kuarantin Di Rumah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.