Ads Top

Main Ad

Isa Khan Bawa Risteena Melawat Pusara Bapa Sempena Hari Asyura

Sudah lama tidak mendengar berita mengenai kedua pasangan romantis ini iaitu Isa Khan dan Nur Risteena.

Advertisement

Baru sahaja mendirikan mahligai bahagia berdua, baru-baru ini Isa dilaporkan membawa isteri kesayangannya itu melawat pusara bapanya, Ali Dad Khan Zardad Khan bersempena hari Asyura yang disambut semalam.

View this post on Instagram

A post shared by ™ ???? ??? (@theisakhan)

Perkara tersebut turut dikongsikan Isa di laman sosial Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Assalamualaikum WBT ba, ni petang tadi saya datang sempena hari Asyura, hari baik sangat. Saya datang bawa isteri tercinta saya tengok ba. Betapa hati ini berharap ba masih ada di sini, tetapi Allah SWT jauh lebih sayangkan ba.

Isa dalam pada itu turut menitipkan doa agar arwah bapanya itu terus dirahmati dan diberi ganjaran syurga oleh Allah S.W.T.

View this post on Instagram

A post shared by ™ ???? ??? (@theisakhan)

Advertisement

Mendoakan agar bertemu kembali nanti di syurga, ramai peminat tampil meninggalkan komen takziah dan mengirimkan doa al-fatihah buat bapanya itu.

Terdahulu, Isa Khan Risteena Munim telah mendirikan rumah tangga setelah beberapa kali ditangguhkan pada 12 Mac lalu dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Isa Khan Bawa Risteena Melawat Pusara Bapa Sempena Hari Asyura first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.