Ads Top

Main Ad

“Isteri Saya Milik Allah” – Cecah 600K Penonton, Shuib Luah Perasaan & Titip Pesanan Di IG Live

Selepas berkongsi berita mengenai pemergian isterinya, Shuib Sepahtu telah menyapa peminat dan orang ramai menerusi satu live di Instagram miliknya.

Advertisement

Pada permulaan siaran langsung berkenaan, pelawak itu menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang mendoakan kesihatan isterinya. Malah terharu melihatkan ramai orang yang tidak dikenali melakukan solat hajat dan bersedekah buat arwah Siti Sarah.

Jatuh bangun bersama

Air mata Shuib mula bergenang apabila teringatkan jatuh bangun mereka sejak mula berkahwin. Katanya, Siti Sarah merupakan tuah yang membawanya berjaya seperti hari ini.

Isteri saya bukan milik saya, isteri saya milik Allah. Dia pinjamkan kepada saya selama 11 tahun sahaja.

shuib sepahtu

Pesanan isteri

11 tahun menghabiskan hidup bersama, Shuib menyatakan bahawa arwah merupakan seorang isteri yang sangat taat, setia dan langsung tidak pernah mengeluh. Bahkan dia banyak belajar dan mencontohi sifat isterinya yang pemurah dan langsung tidak berkira dengan wang.

Siti Sarah pernah berpesan,

Apabila kita berkira-kira dengan duit, kita akan berkira-kira untuk sedekah.

Anak-anak terima

Bercerita mengenai reaksi ketiga-tiga anaknya, Shuib mengakui bahawa agak berat untuk dia menyampaikan mengenai berita tersebut pada awalnya, namun dia kuat.

Jelasnya, ada antara mereka yang memahami mengenai perkara tersebut walaubagaimanapun anak ketiganya, Ariq Matin (6) yang paling terkesan selepas mengetahuinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Advertisement

Pesan untuk jaga diri

Di dalam live itu juga, Shuib sempat berpesan agar sentiasa menjaga diri dan menjaga prosedur operasi standard (SOP). Tak lupa juga berpesan supaya mengambil pelbagai vitamin dan vaksin untuk ketahanan diri selain sentiasa bersandar kepada Allah SWT.

Dalam pada itu, pelawak itu turut meminta semua orang mendoakan kesihatan anak ke-4 mereka iaitu Ayash Affan yang masih berada di hospital. Dilahirkan pra-matang, bayi itu masih memerlukan masa supaya paru-parunya dapat membesar ke saiz normal.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat kekuatan Shuib dan berterima kasih kerana meninggalkan pesanan bermakna buat semua. Hampir sejam berlangsung, jumlah tontonan turut hampir mencapai 600,000 pada pertengahan live berkenaan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Isteri Saya Milik Allah” – Cecah 600K Penonton, Shuib Luah Perasaan & Titip Pesanan Di IG Live first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.