Ads Top

Main Ad

“Itu Adalah Sunah..” Alif Satar Bawa Anak-Anak Main Hujan, Tak Tahan Berkurung Lama

Mungkin sudah lama berkurung di rumah, penyanyi dan juga personaliti TV, Alif Satar mengambil inisiatif menghiburkan anak-anaknya dengan bermain hujan beberapa hari yang lalu.

Advertisement

Alif yang berkongsikan perkara tersebut di Instagram kelihatan ceria bersama kedua-dua anaknya yang mengenakan baju hujan dan turun bermain air hujan.

View this post on Instagram

A post shared by Alif Satar®? (@alifsatar)

Menurut pengacara Muzik-Muzik 36 itu lagi, dia telah pun mendapat kebenaran isterinya untuk berbuat demikian.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat tampil meninggalkan komen positif dan ada juga mengambilnya sebagai inspirasi aktiviti untuk dilakukan bersama anak-anak di rumah setelah sekian lama terkurung.

Malah, ada juga yang menyatakan bahawa aktiviti tersebut adalah sunnah Rasullulah dan boleh diamalkan.

View this post on Instagram

A post shared by Alif Satar®? (@alifsatar)

“Hujan hari rabu itu Syifa, hujan penyembuh penyakit, Good.” tulis seorang netizen.

Sekadar info tambahan, Alif Satar dan isteri, Sha Dila Hadid telah mendirikan rumah tangga pada September 2014.

Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan tiga orang anak iaitu Alisha, Ariana dan Muhammad Ali.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Itu Adalah Sunah..” Alif Satar Bawa Anak-Anak Main Hujan, Tak Tahan Berkurung Lama first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.