Ads Top

Main Ad

Jual Beli ‘Barang’ Di Tepi Jalan, Mirip Pelawak Popular, Siapakah?

Makin banyak pula isu sensasi melibatkan pelawak di Malaysia pada ketika ini. Semalam, tular di media sosial Twitter apabila sebuah video memaparkan seorang lelaki mirip pelawak terkenal yang dilihat seperti sedang melakukan urusan jual beli ‘barang’ terlarang.

Advertisement

Menerusi video tersebut, individu tersebut kemudiannya berlari menuju kepada perakam dengan perasaan berang setelah mengetahui bahawa dirinya sedang dirakam.

 

“Woi hang rakam apa?” jeritnya dalam loghat utara sambil meluru keluar daripada kereta jenis Myvi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial mula ‘memetik’ nama pelawak tersebut setelah mengecam suara, loghat dan juga bentuk fizikalnya.

Namun, ada juga yang berpendapat video tersebut seperti sudah dirancang dan gimik semata-mata.

KomenSumber : Twitter  

“Rajin pelawak zaman sekarang ni, macam-macam kerja dorang buat. Hari tu sorang jadi tauke ayam. Yang ni tak pasti lagi tauke sayur atau air batu.”  ciap seorang netizen.

Malah, muncul desas-desus yang mengatakan video tersebut sengaja ditularkan untuk tujuan pemasaran semata-mata sebelum individu didakwa mirip pelawak itu mengeluarkan produk terbarunya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Jual Beli ‘Barang’ Di Tepi Jalan, Mirip Pelawak Popular, Siapakah? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.