Ads Top

Main Ad

Kakak Antara Dijangkiti, 12 Ahli Keluarga Yana Samsudin Disahkan Positif COVID-19

Pelakon Yana Samsudin ada berkongsi berita duka apabila 12 ahli keluarganya telah disahkan positif COVID-19.

Advertisement

Perkara tersebut dimaklumkan Yana menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya, hari ini.

IG YanaSumber : Instagram Yana Samsudin  

Jelas Yana, dua kakaknya adalah antara yang dijangkiti.

Dukacita dimaklumkan, ahli keluarga saya iaitu Kak Yati dan Kak Liza disahkan positif COVID-19. 12 orang semuanya termasuk anak-anak. Sesiapa yang dah berhubung secara rapat boleh membuat ujian calitan sebab Kak Long saya tidak bergejala. Anak Kak Ngah juga tidak bergejala. Sama-sama kita jaga kesihatan.

Terdahulu, isteri kepada pengarah dan pelakon Fadzil Zahari ini ada meluahkan rasa sedih dengan apa yang terjadi di platform media sosial yang sama.

Dia juga berharap agar kesemua ahli keluarganya itu kembali kuat dan sihat seperti sedia kala.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Kakak Antara Dijangkiti, 12 Ahli Keluarga Yana Samsudin Disahkan Positif COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.