Ads Top

Main Ad

“Keadaan Ibu Sangat Tidak Baik..” Achey Mohon Doa Peminat

Pelawak Achey yang sebelum ini memaklumkan bahawa ibu dan beberapa ahli keluarganya dijangkiti COVID-19 mengemaskini perkembangan serta keadaan ibunya yang dilaporkan berada dalam keadaan tidak baik.

Ibu Achey, Ngaisah Haissan,73, difahamkan sedang berjuang melawan COVID-19 tahap empat dan kini sedang dirawat di Hospital Segamat, Johor.

Advertisement

Perkembangan terbaru itu dikongsikan Achey menerusi sebuah hantaran Instagram sekitar jam 7 pagi tadi.

Dia dalam pada itu sempat memohon doa orang ramai agar urusan ibunya itu dipermudahkan dan kembali seperti sedia kala.

Advertisement

Salam subuh, saya tau doa anda sangat padat ketika ini tapi jika ada ruang kecil dalam doa kalian yang kosong, dapatlah kiranya ruang doa itu diisi untuk mak saya. Buat masa ini keadaan mak sangat-sangat tidak baik.

Achey sebelum ini ada memaklumkan bahawa keadaan ibunya tidak beberapa memuaskan dan kini terpaksa tidur secara meniarap.

Ngaisah juga yang menghidapi penyakit radang paru-paru juga memerlukan ubat anti radang selain menghidapi demam serta antibiotik untuk menguatkan tubuh badan.

Jelas Achey, ibu dan ahli keluarganya mula dijangkiti virus itu daripada pelanggan yang membeli barang jualan mereka di tepi jalan.

Sehingga kini, seramai tujuh ahli keluarga Achey disahkan positif manakala dua lagi masih menunggu ujian calitan.

Sama-sama kita doakan agar ibu Achey kembali pulih, Insya-Allah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Keadaan Ibu Sangat Tidak Baik..” Achey Mohon Doa Peminat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.