Ads Top

Main Ad

Kini Bertudung Sepenuhnya, Aprena Manrose Syukur, Mohon Doa Peminat

Pelakon jelita, Aprena Manrose mencuri perhatian peminat apabila dia tampil berhijab beberapa kali di Instagram sehingga menimbulkan andaian bahawa dia kini sudah berhijrah sepenuhnya.

Advertisement

Terbaru, pelakon drama Hatimu Sedingin Salju ini ada memuat naik hantaran mengucapkan rasa syukur dengan doa-doa peminat yang tidak putus-putus di Instagram sekaligus menguatkan lagi spekulasi bahawa dia kini sudah berhijab sepenuhnya.

Saya baca DM semua yang mendoakan, teruskan erdoa. Terima kasih banyak-banyak. Syukur tak terhingga. Semoga doa berbalik kepada anda semua. Terima kasih Allah.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan rakan artis seperti Noorkhiriah dan Catriona Ross tampil mengucapkan tahniah di atas penghijrahannya itu.

Semoga Aprena terus istiqomah hendaknya!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Kini Bertudung Sepenuhnya, Aprena Manrose Syukur, Mohon Doa Peminat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.