Ads Top

Main Ad

“Korang Nak Kirim Apa-Apa Tak?”-Caprice Sempat Buat Lagu Sebelum Pulang Ke Malaysia

Meskipun gagal memasuki tanah Gaza, semangat Caprice masih berkobar-kobar setelah hampir dua bulan berada di Mesir.

Advertisement

Terkini, penyanyi rap ini ada memberi bayangan akan pulan ke Malaysia dalam masa terdekat namun perlu menyelesaikan beberapa perkara penting berkaitan misi jangka panjang Road To Al-Aqsa 2040.

View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Malah, dia juga sempat memberi ‘teaser’ lagu terbarunya hasil kolaborasi bersama beberapa artis di negara itu.

Saya benci apabila kata-kata saya menjadi kenyataan, korang nak kirim apa-apa tak dari sini? See you soon Malaysia, nak selesaikan kerja-kerja saya dulu baru saya balik.

Dia berkongsikan mengenai perkara itu ketika ditanya peminat mengenai kepulangannya ke Malaysia jika berlaku perubahan kepada kepimpinan kerajaan.

View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat Caprice teruja mendengarkan sedutan lagu terbaru tersebut.

Terdahulu, gara-gara menimbulkan kekecohan di media sosial berikutan pendedahannya mengenai sumbangan di Gaza yang turut membabitkan nama pendakwah terkenal, Ebit Lew, Caprice memaklumkan dia tidak akan balik ke Malaysia selagi kerajaan tidak bertukar.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Korang Nak Kirim Apa-Apa Tak?”-Caprice Sempat Buat Lagu Sebelum Pulang Ke Malaysia first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.