Ads Top

Main Ad

Mahu Jadi ‘Penyanyi Berilmu’, Ayu Damit Sambung Belajar Di ASWARA

Meskipun sudah bergelar penyanyi senior dan profesional dalam bidang seni nyanyian terutamanya, artis kelahiran program realiti, Ayu Damit tekad untuk meneruskan pelajaran pada peringkat Ijazah Sarhana Muda dalam program Asasi Seni Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Advertisement

Ujar Ayu yang ditemui media baru-baru ini, dia berasa teruja apabila ditawarkan untuk menuntut ilmu dalam bidang yang diminati kerana mahu menjadi penyanyi yang berilmu dan bukan ‘kosong’ semata-mata.

View this post on Instagram

A post shared by Ayu Damit (@ayudamit)

Pemilik nama Norayu Damit ini juga berkata dia sudah menghadiri sesi temu duga baru-baru ini dan akan menyambung pengajian dalam masa terdekat selama tiga semester (setahun).

Tambahnya lagi, dia terfikir untuk menyambung pengajian meskipun sudah lama bergelar penyanyi kerana merasakan ilmu dalam bidang nyanyian adalah penting agar dia dapat menjadi penyanyi yang lebih baik.

Advertisement

Sejujurnya saya tidak mempunyai asas ilmu dalam bidang muzik. Mana tahu suatu hari nanti saya dapat menjadi seperti guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat? Saya merasakan ilmu itu sangat penting untuk menjadikan seseorang itu berjaya dalam karier yang diceburi mereka.

Ketika ditanyakan mengenai pandangan suami mengenai keputusannya itu, Ayu memberitahu bahawa pasangannya itu tidak mempunyai apa-apa halangan dan mengingatkan Ayu agar pandai membahagikan masa antara keluarga, karier dan bidang perniagaan yang diceburinya pada ketika ini.

View this post on Instagram

A post shared by Ayu Damit (@ayudamit)

Sekadar info, selain menyanyi, Ayu juga mengusahakan perniagaan kek pisang, kuih bahulu dan juga ladang cili.

Semoga berjaya diucapkan buat Ayu Damit!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Mahu Jadi ‘Penyanyi Berilmu’, Ayu Damit Sambung Belajar Di ASWARA first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.