Ads Top

Main Ad

Melaram Sakan Di PPV, Fesyen Naim Daniel Curi Perhatian Peminat

Naim Daniel sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila tampil bergaya ketika berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menerima vaksin dos keduanya, baru-baru ini.

Advertisement

Penyanyi lagu Sumpah itu berkongsikan beberapa keping foto ketika menerima vaksin untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosial Instagramnya.

View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Naim yang kelihatan cukup segak mengenakan persalinan serba hitam berupa jaket blazer serta dipadankan dengan aksesori rantai serta kasut berjenama mewah.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat tampil memuji penampilan penyanyi dan pelakon itu kerana dia memang dikenali kerana rajin bergaya di Instagram.

View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

“Amboi macam nak buat persembahan hehe.” komen seorang peminat.

Terdahulu, nama Naim disebut-sebut netizen kerana dilihat lantang bersuara mengenai tahap kredibiliti kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin di media sosial.

Bukan selalu pun kan nak bergaya, betul tak Naim Daniel?

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Melaram Sakan Di PPV, Fesyen Naim Daniel Curi Perhatian Peminat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.