Ads Top

Main Ad

“Memang Sayang Tapi..” – Atu Zero Akui Bakal Tutup Kedai, Terbeban Bayar Sewa Bulanan

Pelakon dan pelawak, Atu Zero mengakui dia kini sedang dalam pertimbangan untuk menutup kedai perniagaan kek lapis dan butiknya di Setia Alam, Selangor kerana berasa terbeban untuk membayar sewa premis.

Advertisement

Menurut Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif, dia berasa berat hati untuk melepaskan premis tersebut, namun itu saja cara yang terbaik sekarang ini bagi mengawal kewangannya.

Walau bagaimanapun, Atu memberitahu perniagaan kek lapis bersama isterinya iaitu Shafeeqa Johari masih diteruskan tetapi hanya beroperasi dari rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Akueatu (@akueatu)

Advertisement

Tambahnya lagi, buat masa ini dia memang perlu mengawal perbelanjaan, apatah lagi industri hiburan masih belum boleh beroperasi. Disebabkan itu, banyak hal yang perlu dipertimbangkannya sebelum dapat meneruskan kerja seperti biasa.

Atu Zero dan isterinya

Dalam pada masa yang sama, pelawak dari kumpulan Zero itu juga turut berasa terharu dengan kata-kata sokongan yang diberi oleh Ustaz Ebit Lew yang menyuruh mereka agar tidak berputus asa.

Semoga Atu dan isteri terus kuat harungi ujian ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Memang Sayang Tapi..” – Atu Zero Akui Bakal Tutup Kedai, Terbeban Bayar Sewa Bulanan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.