Ads Top

Main Ad

Menangis Hiba Di IG, Mila Jirin Sedih Muhyiddin Letak Jawatan

Penyanyi dan juga usahawan, Mila Jirin meluahkan rasa sedih mendengarkan berita bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan daripada menjadi pucuk pimpinan negara Malaysia.

n

Advertisement

Perkara tersebut diluahkan Mila dalam sebuah hantaran Instagram yang turut memaparkan dia menangis hiba kerana menganggap Muhyiddin telah berjasa dalam menangani penularan wabak COVID-19 selain menghulurkan banyak bantuan kepada rakyat Malaysia.

Jelas Mila, dia antara penerima bantuan daripada pihak kerajaan pimpinan Muhyiddin iaitu melalui Program Subsidi Upah yang membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat pandemik melanda negara pada ketika ini.

Subsidi upah banyak membantu saya dalam kelangsungan untuk membayar gaji pekerja dan menstabilkan aliran tunai yang sangat terjejas. Pekerja saya pun ramai yang dapat Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Penyanyi lagu Persis Mutiara ini juga mendedahkan bahawa dia telah menerima bantuan sejumlah RM76,000 sebulan ketika PKP 1.0 dan RM38,000 bagi fasa seterusnya sehingga kini.

Dia dalam pada itu turut memberi nasihat kepada netizen agar tidak biadap dan keterlaluan dalam melontarkan komen terhadap isu-isu politik yang berkaitan dengan perdana menteri atau ahli politik yang lain.

Ada yang sanggup mengeluarkan kata-kata tidka baik. Janganlah kita seperti orang melupakan jasa. Tolak tepi ekstrem politik anda. Beradab dalam berkata-kata dan kenang jasa serta bantuan yang diterima.

Terdahulu, media melaporkan akan ada suatu pengumuman penting bakal diumumkan mengenai kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Isnin ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Menangis Hiba Di IG, Mila Jirin Sedih Muhyiddin Letak Jawatan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.