Ads Top

Main Ad

Nafi Bercinta, Fatin Afeefa Hanya Berkawan Rapat Dengan Noki K-Clique

Pelakon Fatin Afeefa tampil menafikan dirinya kini bercinta dengan ahli kumpulan K-Clique iaitu Noki.

Advertisement

Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin,28, menjelaskan dia hanya berkawan rapat dengan penyanyi rap tersebut dan hanyalah sekadar rakan sesama industri.

View this post on Instagram

A post shared by AFEEFA ? (@fatinafeefa)

Sering berbalas komen di Instagram, Fatin memaklumkan bahawa dia membalas hampir semua komen dan tidak hanya Noki.

Kami hanya berkawan saja. Kalau tak percaya boleh tanya dia. Saya bukan balas komen dia seorang saja dalam Instagram, ada juga orang lain, tapi mungkin dia lebih menarik perhatian ramai.

Namun begitu, pelakon filem Tentang Bulan ini tidak menolak jika Noki adalah jodohnya.

Fatin walau bagaimanapun enggan terlalu memikirkan soal jodoh dan hanya berserah kepada Allah S.W.T.

View this post on Instagram

A post shared by AFEEFA ? (@fatinafeefa)

Fokus utama saya ketika ini ialah pendidikan anak-anak dan kehidupan ibu serta kerjaya. Soal cinta saya letak pada kedudukan terakhir.

Terdahulu, Fatin pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang pelakon, Adam Shahz dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak, Ivy Herra Sophia yang kini berusia lima tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Nafi Bercinta, Fatin Afeefa Hanya Berkawan Rapat Dengan Noki K-Clique first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.