Ads Top

Main Ad

Nampak Makin Ceria Dan Berisi, Elyana Kongsi Berat Badan Semakin Naik

Penyanyi Elyana baru-baru ini ada berkongsikan perkembangan terkini dirinya setelah menjalani beberapa siri rawatan radioterapi akibat kanser yang dihidapinya.

Advertisement

Semakin ceria dan kelihatan sedikit berisi, Elyana juga memberitahu bahawa berat badannya kini sedikit meningkat kepada 49 kg daripada 35 kg dahulu.

Perkara itu dikongsi Elyana ketika sesi soal jawab di Instagram Story bersama peminatnya, semalam.

Dalam pada itu, ada juga peminat yang bertanyakan tentang tips Elyana untuk kekal positif dan ceria walaupun sudah menghidap kanser limfoma sejak 10 tahun yang lalu.

Advertisement
Elyana IG StorySumber : Instagram Elyana  

Terdahulu, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu memaklumkan bahawa dia kini sedang menjalani rawatan radioterapi di bahagian hati dan pinggul bagi merawat kanser limfoma yang dihidapinya.

Difahamkan juga kanser tersebut telah merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Semoga cepat sembuh Elyana!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Nampak Makin Ceria Dan Berisi, Elyana Kongsi Berat Badan Semakin Naik first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.