Ads Top

Main Ad

Nana Mahazan Pula Berhijab, Tampil Manis Dengan Imej Terbaru

Personaliti TV dan penyanyi, Nana Mahazan mencuri perhatian peminat apabila tampil berhijab ketika Instagram Live pada petang tadi.

Advertisement

Dia yang bersiaran langsung untuk mempromosikan produk sambal sardinnya bersama-sama suami, Raqeem Brian turut ditanya peminat mengenai imej terbarunya itu.

Ujar Nana, dia sudah lama berniat untuk bertudung dan pernah berbincang mengenai perkara itu bersama beberapa sahabat namun tidak ramai yang mengetahui Nana sudah berhihab.

Sebenarnya tak ada sesiapa pun tahu, termasuklah pihak produksi sebab saya tak share pun pasal benda ini. Sebenarnya, banyak benda nak shate tapi saya tak tahu nak cakap macam mana. Kepada yang mendoakan saya, terima kasih banyak-banyak.

Nana juga tidak berkeberatan untuk berkongsi mengenai kisah penghijrahannya kepada peminat.

“Bagaimanapun saya masih belum sempurna, saya masih belajar. Doakanlah yang terbaik dan sama-sama kita saling mengingati..” tambahnya lagi dalam siaran langsung itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Nana Mahazan Pula Berhijab, Tampil Manis Dengan Imej Terbaru first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.