Ads Top

Main Ad

Nasihat Netizen Jaga Mulut, Faizal Tahir Kena ‘Cancelled’, Kenapa Tu?

Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir menerusi laman Twitter miliknya ada menasihatkan sikap segelintir netizen untuk menjaga mulut dan hanya berkata perkara yang baik-baik di media sosial.

Advertisement

Nasihat itu disuarakan penyanyi lagu Gemuruh ini sebagai respon terhadap seorang pengguna Twitter yang menulis tentang pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

View this post on Instagram

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir)

Kalau tak ada perkara baik nak cakap mengenai seseorang, lebih baik berdiam diri. Ini bukan ajaran kesayangan Rasulullah, dan juga bukan sifat Islam. Hanya pengecut berselindung diri saat mereka melontarkan batu.

Advertisement

Namun, nasihat Faizal itu menerima pelbagai reaksi berbeza daripada kalangan netizen di mana ada yang bersetuju dan ramai juga yang tidak bersependapat di samping menyentuh pelbagai isu ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri ke-8 itu.

Twitter Faizal TahirSumber : Twitter Faizal Tahir  
Faizal TahirSumber : Twitter  

Malah, ada netizen yang mendedahkan mengenai pendirian Faizal Tahir yang berubah kerana dia pernah mengeluarkan kenyataan berbeza beberapa tahun yang lalu.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan mengenai perletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas diperkenankan Yang Di-Pertuan Agong ketika menghadap baginda di Istana Negara pada Isnin lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Nasihat Netizen Jaga Mulut, Faizal Tahir Kena ‘Cancelled’, Kenapa Tu? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.