Ads Top

Main Ad

“Niat Nak Bantu Orang Di Luar Sana” – Shuib Terkejut Ribuan Produk Arwah Siti Sarah Terjual

Sejak pemergian allahyarham Siti Sarah Raissuddin beberapa hari lalu, ramai yang mula membuka cerita kebaikan yang pernah dilakukannya sewaktu masih hidup.

Advertisement

Terbaru menerusi Instagram, Shuib telah mendedahkan bahawa arwah sering berusaha untuk membantu orang lain termasuklah membina perniagaan sendiri.

Katanya, meskipun pendapatan yang diperolehinya mampu untuk menanggung mereka sekeluarga namun arwah tetap mahu mengusahakan perniagaan sendiri demi memastikan orang lain dapat merasa pelbagai barang pada harga yang berpatutan.

Niat arwah untuk membantu orang di luar sana. Nak bantu orang-orang luar untuk dapat pakai apa yang arwah pakai dengan harga yang jauh lebih murah.

shuib sarah

Tidak disangka, ribuan produk yang diusahakan allahyarham Siti Sarah telah terjual selepas berita pemergiannya diketahui umum. Menurut Shuib, mungkin ramai yang membeli produk keluaran arwah isterinya itu sebagai salah satu bentuk kenangan buat mereka.

MasyaAllah ibu, ramai sayang ibu, Ramai yang beli barang ibu untuk buat kenangan.

Dalam pada itu, Shuib meminta semua untuk terus menyokong produk keluaran allahyarham Siti Sarah supaya dapat menjadi saham buatnya di akhirat.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Niat Nak Bantu Orang Di Luar Sana” – Shuib Terkejut Ribuan Produk Arwah Siti Sarah Terjual first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.