Ads Top

Main Ad

“Pakailah Elok-Elok Untuk Ambil Vaksin..” – Hafiz Hamidun

Komposer dan juga penyanyi, Hafiz Hamidun tampil memberi nasihat kepada orang ramai agar berpakaian senonoh dan bersesuaian ketika pergi mendapatkan suntikan vaksin.

Advertisement

Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun berkata, orang ramai tidak perlu untuk memakai pakaian yang pelik dan menjadikannya sebagai satu gimik.

Pakailah elok-elok untuk ambil vaksin. Vaksin saja pun. Tak perlu gimik sampai kena pakai baju kelawar isteri, jadi hantu apa semua. Saya tak tahu adakah ia strategi pemasaran atau apa. Awal-awal macam terhibur, lama-lama jadi ngeri pulak.

Terdahulu, tular di media sosial apabila beberapa individu tampil dengan gaya yang pelbagai ketika mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Advertisement

Vaksin PPVSumber : Google  

Antara gaya yang mencuri perhatian adalah seperti Batman, Spider-Man, Predator, Joker, watak Valak dalam filem The Conjuring serta pelbagai lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Pakailah Elok-Elok Untuk Ambil Vaksin..” – Hafiz Hamidun first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.