Ads Top

Main Ad

“Pastikan Nasab Dia..” Ustaz Haslin Nasihat Shuib Berhati-Hati Pilih Ibu Susuan Untuk Ayash Affan

Pendakwah terkenal, Ustaz Haslin Baharim tampil memberi sedikit nasihat buat Shuib agar berusaha dan berhati-hati memilih susu badan untuk anak pramatangnya, Ayash Affan.

Advertisement

Ujar Haslin, tiada halangan untuk Shuib mendapatkan bekalan susu ibu yang sememangnya mengandungi banyak khasiat untuk bayi dari sudut agama Islam.

Ustaz HaslinSumber : Google  

Perkara tersebut dizahirkan pendakwah tersebut ketika majlis bacaan Yassin dan tahlil buat Allahyarhamah Siti Sarah yang diadakan secara maya, malam tadi.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai kebimbangan Shuib mengenai hukum agama jika dia ingin mendapatkan susu badan daripada wanita lain untuk anak bongsunya itu.

Advertisement

Haslin dalam pada itu turut memesan agar Shuib lebih berhati-hati memilih ibu susuan kerana ia bakal menjadi darah daging anaknya untuk seumur hidup.

Tak ada masalah untuk anak itu minum susu ibu (bukan ibu kandung) kerana yang penting moga-moga itu yang terbaik untuk anak. Semua itu yang terbaik untuk anak. Satu kerugian yang amat besar kalau bayi tidak diberikan susu manusia, susu ibu.Tapi kena pastikan identiti, nasab dia. Sebab susu ini akan jadi halal sampai kiamat.

Terdahulu, Allahyarhamah Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir akibat COVID-19 pada 9 Ogos lalu sekitar jam 5.13 pagi.

Arwah yang juga merupakan isteri kepada Shuib itu telah meninggalkan empat cahay mata termasuklah Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan doktor kerana dilahirkan tidak cukup bulan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Pastikan Nasab Dia..” Ustaz Haslin Nasihat Shuib Berhati-Hati Pilih Ibu Susuan Untuk Ayash Affan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.