Ads Top

Main Ad

Pendakwah Terkenal, Ebit Lew Sah Yang Dipanggil Bukit Aman

Semalam hangat di sosial media isu seorang pendakwah terkenal yang dipanggil pihak polis Bukti Aman bagi memberi keterangan dan membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual.

Advertisement

Menurut laporan Utusan, Ustaz Ebit Lew yang merupakan pendakwah terkenal itu menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi ini untuk memberi keterangan sebagai saksi berkenaan dakwaan jenayah gangguan seksual.

pendakwah
Ebit Lew memaklumkan bahawa dia telah menyerahkan siasatan berhubung tuduhan melampau terhadap dirinya itu kepada pihak polis menerusi keterangan yang dibuat selama sejam itu.

Saya bekerjasama dan serahkan kepada pihak polis terhadap fitnah dan tuduhan melampau ini.

Sebelum ini, tular di media sosial video tak senonoh menunjukkan seorang lelaki mirip pendakwah bebas terkenal itu. Video yang tersebar itu ternyata mengejutkan rakyat Malaysia dan pengikutnya.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cepat kerana ia pastinya menjejaskan nama baik seseorang.

The post Pendakwah Terkenal, Ebit Lew Sah Yang Dipanggil Bukit Aman first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.