Ads Top

Main Ad

Ralat Maruah Ibu Dihina, Rozita Che Wan Sedia Maafkan Azwan Ali

Meskipun kecewa dan ralat apabila maruah ibunya dihina, pelakon jelita Rozita Che Wan walau bagaimanapun bersedia untuk memaafkan Azwan Ali.

Advertisement

Ini berikutan kata-kata kesat yang dilemparkan pengacara sensasi itu mengenai cara pemakain Rozita yang ketika itu hadir untuk menerima vaksin menyebabkan pelakon wanita itu berang dan merasa tercabar.

Malah, yang lebih menyakitkan hati Rozita apabila Azwan sewenang-wenangnya telah melakukan penghinaan ke atas ibunya.

Saya rasa bukan saya je yang tak faham (maksud Azwan). Tapi siapa yang baca, orang akan faham (apa yang ditulis Azwan). Dia sebut ayat kurang sopan kepada mak saya. Saya rasa itu yang buat saya triggered apabila dia sebut fasal mak hang tu. Mak saya. Selama ni dia kutuk baju anak saya. Itu tak apa la, saya tak kisah. Tapi kali ini sudah melampau.

Advertisement

Dia yang dihubungi media berhubung kes ini difahamkan telah diambil keterangan oleh pihak polis bagi membantu siasatan ke atas laporan polis yang dibuat Azwan Ali pada 13 Ogos lalu.

Akibat tindakan Azwan yang lebih dikenali sebagai Diva AA itu, kedua-dua mereka kini terlibat dalam proses undang-undang dan saman-menyaman.

Namun, ujar Rozita, dia enggan membuat laporan polis balas terhadap Azwan kerana tidak mahu memanjangkan perselisihan faham itu.

Tambahnya, meskipun tidak boleh berbaik dia sebolehnya enggan bermusuh dengan rakan selebriti dalam industri hiburan dan sedia memaafkan Azwan Ali di atas keterlanjurannya itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Ralat Maruah Ibu Dihina, Rozita Che Wan Sedia Maafkan Azwan Ali first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.