Ads Top

Main Ad

Rambut Dah Macam Semak Samun, Kedai Potong Rambut Mustaqim Bahadon Jadi Tumpuan

Keputusan kerajaan membenarkan beberapa sektor ekonomi untuk kembali beroperasi sejak Isnin lalu ternyata telah membuatkan ramai peniaga menarik nafas lega.

Advertisement

Tidak ketinggalan menikmati kemudahan itu, pelakon Mustaqim Bahadon meluahkan rasa lega apabila kedai gunting rambut miliknya akhirnya telah dibenarkan untuk beroperasi semula.

Pemilik kedai gunting rambut yang diberi nama Shortea Barbershop itu bersyukur perusahaannya yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur itu kembali ‘bernafas’ setelah empat bulan ditutup.

Walaupun kedai tutup tapi sewa tetap kena bayar. Syukurlah saya ada buat bisnes online, bolehlah tolong cover kos lain. Apabila dah dibenarkan ringan sikit beban nak bayar sewa dan gaji staf. Hari pertama dibuka ramai pelanggan yang datang, rambut masing-masing pun dah macam semak samun termasuklah rambut saya sendiri.

Tambah pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim ini lagi, dia hanya membenarkan staf yang sudah lengkap divaksin untuk datang bekerja seperti mana yang disaran oleh kerajaan.

Advertisement

Mustaqim juga berkata SOP yang diamalkan di kedainya lebih ketat dan bersyukur pelanggan tidak pernah putus datang ke kedai gunting rambutnya.

“Cuma kami tak benarkan mereka datang mengejut kerana nak elakkan mereka berkumpul ramai-ramai dalam kedai. Kita minta mereka daftar dahulu, tunggu dalam kereta, bila tiba giliran barulah kita panggil.” ujarnya mengakhiri bicara.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Rambut Dah Macam Semak Samun, Kedai Potong Rambut Mustaqim Bahadon Jadi Tumpuan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.