Ads Top

Main Ad

Remy Ishak Sahkan Bakal Kahwini Ezza Yusof Sabtu Ini

Selepas menyambut ulang tahun kelahiran  masing-masing pada awal tahun ini, ramai yang tertanya-tanya sama ada Remy Ishak sudah kembali bercinta dengan bekas tunangnya, Ezza Yusof.

Advertisement

Membuka cerita, lelaki berkulit hitam manis itu mengesahkan berita tersebut menerusi satu program televisyen Astro Ria baru-baru ini. Katanya, dia akan menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu ini.

Kedua-dua belah pihak dah bersetuju dan kalau tiada aral melintang, majlis akan berlangsung pada 21 Ogos (Sabtu) ini. Insya-Allah.

ezza yusof remy ishak

Menurutnya, upacara akad nikah akan berlangsung di masjid sekitar Kuala Lumpur. Malah ianya hanya dihadiri beberapa orang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikuatkuasakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Remy turut mengatakan bahawa dia akan mengadakan majlis terbuka untuk rakan-rakan apabila keadaan sudah mengizinkan nanti.

Terdahulu, pelakon ini ada berkongsi bahawa pernikahan itu sepatutnya berlangsung pada Mei lalu, namun terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana situasi pandemik yang merunsingkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@ezzarl)

Katanya, ianya untuk meraikan kemenangan orang Islam semasa bulan Syawal. Ini kerana dia dan Ezza turut mengalami pasang dan surut dalam perhubungan sebelum hubungan mereka kembali terjalin.

Saya ingatkan nak bina masjid pada bulan Syawal selepas ombak, segala badai di lautan yang kami tempuhi sebelum ini, tapi apakan daya, perancangan Allah itu lebih besar dari kehendak kami.

Tahniah diucapkan buat pasangan ini!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Remy Ishak Sahkan Bakal Kahwini Ezza Yusof Sabtu Ini first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.