Ads Top

Main Ad

“Respect 779 Cikgu Tolak Vaksin, Tak ‘Bodoh’ Macam Kebanyakkan Netizen” – Suhaimi Saad

Bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad luah rasa hormat terhadap 779 orang cikgu di Johor yang tidak mahu menerima suntikan vaksin COVID-19.

Advertisement

Suhaimi atau dikenali sebagai Mosus itu telah memuat naik sebuah gambar bertulis bahawa hanya orang ‘bodoh’ sahaja yang akan mematuhi peraturan perlu menerima vaksin itu.

Malah menerusi kapsyen tersebut, bapa kepada empat orang anak itu turut mendoakan agar urusan guru-guru terbabit dipermudahkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

Sebelum itu, penyanyi nasyid tersebut ada memuat naik sebuah hantaran tangkap layar dengan kapsyen sinis sambil meletakkan tanda pagar #tolakvaksin berkenaan dengan Tuanku Mahkota Johor (TMJ) mahu bertemu dengan 779 cikgu yang telah menolak vaksin itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

Sekadar info, sebelum ini media melaporkan seramai 779 orang guru di negeri Johor telah menolak dari menerima vaksin COVID-19 dan turut dilaporkan guru-guru terbabit akan dipanggil Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) untuk diberikan penerangan kepentingan vaksin supaya diambil oleh mereka.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Respect 779 Cikgu Tolak Vaksin, Tak ‘Bodoh’ Macam Kebanyakkan Netizen” – Suhaimi Saad first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.