Ads Top

Main Ad

“RM200,000 Bukan Saman Sebab Kami Tak Mohon Maaf” – Syura Badron

Penyanyi Syura Badron memperjelaskan salah faham orang ramai mengenai pembayaran sebanyak RM200,000 yang perlu dibayar olehnya dan empat orang lagi temannya seperti yang dituntut oleh penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana.

Advertisement

Menurut Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, wang tunai sebanyak RM200,000 seperti yang diminta oleh Siti Nordiana itu bukanlah bayaran saman yang perlu dilunaskannya.

Nampaknya masih ramai yang tak faham. Pembayaran RM200,000 setiap seorang itu bukan saman sebab kami tidak mohon maaf.

Jelas Syura di dalam ruangan Instagram Story miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

Dalam pada itu, Syura turut berkata bahawa jika mereka tidak membuat permohonan maaf dan membayar RM200,000, maka barulah tindakan saman akan dilakukan oleh Siti Nordiana atau mesra dipanggil Nana.

Advertisement

Syura Badron

Terdahulu, Nana telah mendakwa ‘lima sekawan’ ini telah menyiar, mengeluar dan menerbitkan kenyataan secara umum yang berunsur fitnah serta tidak benar mengenai dirinya dan terpaksa meneruskan tindakan saman kerana tidak mendapat permohonan maaf dari kelima-lima individu yang terlibat.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “RM200,000 Bukan Saman Sebab Kami Tak Mohon Maaf” – Syura Badron first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.