Ads Top

Main Ad

“Saya Tak Akan Beri Peluang Lagi..” – Lana Nodin Beri Amaran Netizen Mencaci Dan Fitnah

Pelakon sensasi, Lana Nodin memberi amaran bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa sahaja yang menabur fitnah terhadap dirinya akhir-akhir ini.

Advertisement

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 41, memaklumkan di laman media sosial Instagramnya, dimana dia tidak akan memberi peluang kepada mana-mana individu yang melemparkan kata cacian kepada dirinya dan meminta individu terbabit untuk memadam atau minta maaf secara terbuka.

Siapa yang berani lagi beri lagi begini, saya tidak akan beri peluang lagi, tindakan undang-undang yang akan mereka terima.

Tegasnya lagi, selepas ini jika ada mana-mana netizen yang melemparkan kata cacian ataupun fitnah kepada dirinya, dia akan terus mengambil tindakan undang-undang tanpa memberi peluang.

Advertisement

Lana Nodin dan suami

Sebelum ini, nama Lana Nodin menjadi bualan dan kecaman warganet apabila dia mengeluarkan kenyataan meminta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah untuk berhenti ‘berlakon’ membohongi rakyat Malaysia atas keadaan COVID-19 yang sedang melanda negara sekarang ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Saya Tak Akan Beri Peluang Lagi..” – Lana Nodin Beri Amaran Netizen Mencaci Dan Fitnah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.