Ads Top

Main Ad

“Saya Tak Akan Pakai ‘Lampin’ Itu” – Bekas Ratu Cantik Malaysia Dikecam Tak Pakai Pelitup Muka

Meskipun hanya dinobat sebagai ratu cantik Miss Universe Malaysia, namun sudah pasti segala tindak-tanduk mereka akan menjadi perhatian ramai.

Advertisement

Umum mengetahui bahawa situasi pandemik yang genting kini memaksa rakyat supaya mengikut pelbagai peraturan mengikut operasi prosedur standard (SOP) bagi menjamin keselamatan semua.

Pun begitu, Samantha Katie James yang merupakan bekas ratu cantik Miss Universe Malaysia 2017 telah mengingkari salah satu arahan tersebut dan dengan bangga menayangkan kesalahan tersebut di laman media sosial miliknya.

Saya dan dia akan buat hal kami sendiri kerana kami dikelilingi oleh mereka yang memakai mask, menyebarkan cahaya dan kedaulatan kami di mana-mana. Saya tidak akan pernah memakai ‘lampin’ (mask) itu di muka saya melainkan untuk menyamar atau ketika berada di sekeliling orang yang menjengkelkan.

samantha katie james

Tampil tidak memakai pelitup muka di tempat umum, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan mengecam tindakan tidak bertanggungjawab wanita itu.

Malah dia dengan bangga mendedahkan bahawa tindakannya itu berjaya meyakinkan orang lain untuk turut membuang pelitup muka mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @samanthakayty

Terdahulu, Samantha pernah dikritik ramai kerana meluahkan pendapat yang berbaur rasis ketika protes #BlackLivesMatter berlangsung.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Saya Tak Akan Pakai ‘Lampin’ Itu” – Bekas Ratu Cantik Malaysia Dikecam Tak Pakai Pelitup Muka first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.