Ads Top

Main Ad

“Sejujurnya Saya Masih Terasa Hati..” Aliff Syukri Maafkan Allahyarham Wani Comel

Semalam, gadis obesiti yang dikenali sebagai Wani Comel telah dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19.

Berita tersebut ternyata telah mengejutkan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan arwah berikutan didakwa telah menganiaya Allahyarham sewaktu hidup.

Advertisement

Meskipun kes mereka masih belum menemui jalan penyelesaian, Aliff yang dihubungi media berkata, dia sudah memaafkan arwah.

wani comel

Dia dalam pada itu turut berasa lega dan bersyukur kerana dapat merealisasikan impian Wani untuk kembali berjalan setelah 10 tahun tidak dapat merasai nikmat tersebut.

Advertisement

Sejujurnya saya masih terasa hati dengan Wani kerana isu lalu..hari ini apabila dengar berita dia meninggal dunia kerana COVID-19, saya pun terkejut. Sebenarnya saya dah lama tak ikuti perkembangannya selepas dia membuat tuduhan terhadap saya sebelum ini sehinggalah dimaklumkan mengenai pemergiannya pagi ini (Khamis) sudah takdir tertulis dia pergi dulu, saya reda.

Terdahulu, sekitar Disember 2020, Allahyarham Wani tampil membuat pendedahan di mana dia dikatakan telah dianiaya dan dimanipulasi usahawan kosmetik itu yang menabur janji manis dan juga kontrak berat sebelah.

“Kalau ikutkan saya memang masih terasa hati tetapi sebagai umat Islam dan manusia yang berhati perut saya memilih untuk memaafkan.” ujarnya lagi.

Jelas Aliff Syukri lagi, dia tidak mungkin akan memberi sebarang wang pampasan atau wang ringgit tapi cukup memadai dengan memaafkan di atas apa yang berlaku sebelum ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Sejujurnya Saya Masih Terasa Hati..” Aliff Syukri Maafkan Allahyarham Wani Comel first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.