Ads Top

Main Ad

Selalu Banding Diri Dengan Artis Kacak, Man Raja Lawak Tak Kisah Dicop ‘Feeling’

Man Raja Lawak atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Kasim mengakui bahawa dia sama sekali tidak kisah jika dituduh ‘feeling’ atau perasan dirinya kacak oleh netizen kerana sering membanding-bandingkan wajahnya dengan aktor kacak.

Advertisement

Dia yang sering membuat hantaran di media sosial membandingkan wajah dengan beberapa pelakon lelaki seperti Ben Amir, Remy Ishak dan Datuk Rosyam Nor itu berkata, apa yang dilakukannya itu hanyalah sekadar motivasi buat dirinya.

Ujar Man lagi, jika dia terlalu melayan kritikan netizen, ia dapat merendahkan semangat diri sendiri.

Saya cuba alih rasa negatif sebegitu dengan anggap mereka yang menafikan persamaan saya dengan Remy dan Syamel itu sebagai dengki. Dalam hal ini juga saya tak suka layan kecaman atau anggap diri ini perasan. Kalau layan juga, saya merendahkan semangat. Lebih baik ‘feeling’ kerana ia percuma.

Tambah pelawak ini lagi, dia turut menerima respon yang pelbagai setelah berjaya melakukan transformasi diri apabila kelihatan lebih kurus berbanding sebelum ini.

Advertisement

Ada antara netizen yang menuduhnya membuat pembedahan potong usus namun dia menafikan sekerasnya dakwaan tersebut.

Katanya, selain bersenam dia turut mengambil produk minuman menguruskan badan sehingga berjaya menurunkan berat badan daripada 94 Kg kepada 74 Kg.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Selalu Banding Diri Dengan Artis Kacak, Man Raja Lawak Tak Kisah Dicop ‘Feeling’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.