Ads Top

Main Ad

“She’s The One..” Sentiasa Bersama Saat Jatuh Bangun, Remy Ishak Kongsi Cerita

Pelakon yang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama sahaja lagi ini berkata bakal isterinya, Ezza Yusof adalah seorang wanita yang sangat memahami dirinya sebagai seorang lelaki dan juga artis popular.

Advertisement

Ujar Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak,39, keperibadian Ezza telah membuatkan dia tidak ragu-ragu lagi memilih wanita itu sebagai isteri.

Remy Ishak EzzaSumber : Google  

Akui pelakon filem Pulang ini lagi, tempoh perkenalan dia dan Ezza bukanlah dalam tempoh yang singkat dan mendedahkan bahawa sudah lapan tahun mengenali antara satu sama lain.

Pahit manis hubungan itu selalu berlaku, malah tiga tahun pertama itu memang susah. Tetapi jatuh bangun saya dia selalu ada di situ. She always there, she’s the one.

Jelasnya, sepanjang bergelar pelakon, dia sudah menemui pelbagai jenis orang dan ia sedikit sebanyak telah mematangkan dirinya.

View this post on Instagram

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

Saya perlukan orang yang support saya untuk jadi lebih baik. Untuk orang kenal betul-betul dan berada di sebelah saya bukan saja dunia glamor tetapi juga peribadi saya. Itu Ezza yang saya kenal, saya terasa terusik di situ. macam setengah orang kalau jumpa dia rasa oh Remy Ishak public figure, tapi Ezza tidak, dia pandang saya sama level sahaja.

Malah, Ezza juga telah membuatkan Remy untuk terus berpijak di bumi nyata dan tidak sombong meskipun bergelar artis pipular.

Terdahulu, Remy memaklumkan bahawa mereka berdua bakal melansungkan pernikahan pada esok hari (21 Ogos 2021) bertempat di sebuah lokasi di ibu negara dengan SOP yang ditetapkan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “She’s The One..” Sentiasa Bersama Saat Jatuh Bangun, Remy Ishak Kongsi Cerita first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.