Ads Top

Main Ad

Shuib Fobia, Abang Siti Sarah Dijangkiti COVID-19, Paras Oksigen Menurun

Belum reda luka di hati mengenangkan pemergian isteri tercinta, Shuib mengakui dirinya berasa sedikit fobia apabila abang kepada Allahyarhamah Siti Sarah pula dijangkiti COVID-19.Shui

Advertisement

Jelas Shuib, abang iparnya itu kini dirawat di Hospital Serdang, Selangor dan lebih membimbangkan, paras oksigennya juga semakin menurun.

Abang Siti SarahSumber : Harian Metro  

Shuib yang trauma mendengar berita seperti itu segera ke hospital apabila dimaklumkan mengenai hal itu dan abang iparnya sudah masuk hari ke-8 menjalani kuarantin di hospital.

Abang ipar saya sekarang berada di Hospital Serdang. Ini hari kelapan dia kuarantin. Tahap oksigen dia drop tapi alhamdullilah stabil.

Pelawak dan juga usahawan itu sempat memohon doa daripada orang ramai agar dikurniakan kesembuhan buat abang iparnya dan kembali pulih seperti sedia kala.

Dalam pada itu, Shuib berkongsi rasa gembira dan teruja untuk bertemu permata hati bongsunya, Ayash Affan pada hari ini.

Advertisement

“Saya tak sabar nak jumpa, nak pegang dia..tapi dalam masa yang sama saya sangat sedih sebab ibu dia tak sempat jumpa dia. Dia (Siti Sarah) gadaikan nyawa dia untuk selamatkan anak kami.” ujarnya sebak.

Sekadar info, Allahyarhamah Siti Sarah dan Shuib telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni,Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayyash Affan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Shuib Fobia, Abang Siti Sarah Dijangkiti COVID-19, Paras Oksigen Menurun first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.