Ads Top

Main Ad

Shuib Sepahtu Mohon Padam Gambar Dan Video Arwah Isteri Tak Tutup Aurat

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu mohon orang ramai tidak menyebarkan atau memuat naik gambar dan video Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raisuddin yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

Advertisement

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 37, dia juga meminta agar orang ramai untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarham secara berlebihan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Dalam pada masa yang sama, bapa kepada empat orang cahaya mata itu turut mengambil kesempatan dalam status yang dibuat olehnya di Instagram dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang mendoakan Allahyarham isterinya.

Advertisement

Sama-sama kita terus istiqamah menuju ke jalan Allah SWT. Jika rindu kepada Allahyarham, sedekahkan al-Fatihah.

IG Shuib Sepahtu

Sekadar info, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada Isnin lalu setelah ditidurkan selama tiga hari dan bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) bagi melawan virus COVID-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Shuib Sepahtu Mohon Padam Gambar Dan Video Arwah Isteri Tak Tutup Aurat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.