Ads Top

Main Ad

Shuib Tangguh Hasrat Bertemu Ayash Affan

Empat hari di hospital, Shuib Sepahtu pastinya tidak sabar menantikan momen untuk menatap wajah anak keempatnya iaitu Ayash Affan.

Advertisement

Walaupun patut ke hospital hari ini namun pelawak itu terpaksa menangguhkan hasrat itu berikutan pesanan yang disampaikan oleh pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) sendiri.

Pengarah HCTM sendiri menghubungi Shuib dan berbincang dengannya berhubung lawatan itu bagi mengelakkan risiko jangkitan Covid-19 terhadap anak bongsunya yang dilahirkan pramatang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Faham dengan situasi pandemik kini, Shuib akur dengan nasihat yang diberikan buatnya. Malah dia juga mementingkan kesihatan bayi lain yang berada di wad berkenaan.

Shuib sedia menanti hingga keadaan Ayash betul-betul sihat.

Sekadar pengetahuan, arwah Siti Sarah berada dalam keadaan ditidurkan semasa melahirkan Ayash Affan selepas menjalani pembedahan hampir tiga jam pada Jumaat lalu.

Semoga Ayash Affan cepat sihat.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Shuib Tangguh Hasrat Bertemu Ayash Affan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.