Ads Top

Main Ad

Siti Nordiana Hantar Writ Saman, Tuntut RM2.5 Juta Serta Permohonan Maaf Secara ‘Live’

Isu diantara Siti Nordiana bersama lima sahabatnya iaitu Lan Solo, isteri Lan, Syura Badron, Sam Samin serta jurusolek, Aida G masih berterusan dan telah masuk ke babak baharu.

Advertisement

Menurut peguam ‘lima sekawan’, Alan Razak mengesahkan mereka telah menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada Siti Nordiana atau mesra dipanggil Nana pada Isnin yang dihantarkan oleh peguamnya, Abang Azlan Abang Arifin.

Menerusi tuntutan saman itu, Alan Razak dari Tetuan Alan Razak & Associates berkata Nana telah menuntut permohonan maaf melalui siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 setiap seorang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

Advertisement

RM2.5 juta adalah jumlah tuntutan dari kesemua defendan. Sementera RM1 juta sepertimana dalam notis tuntutan sebelum ini tidak lagi dipakai.

Kata Alan ketika dihubungi oleh pihak Gempak menerusi aplikasi WhatsApp.

Siti Nordiana dan 'lima sekawan'

Sedia maklum, sebelum ini Nana yang diwakili oleh peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin telah menuntut ‘lima sekawan’ terbabit untuk membayar saman sebanyak RM200,000 setiap seorang berserta permohonan maaf secara terbuka namun gagal dilakukan oleh mereka dalam tempoh yang diberi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Tiktok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Siti Nordiana Hantar Writ Saman, Tuntut RM2.5 Juta Serta Permohonan Maaf Secara ‘Live’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.