Ads Top

Main Ad

“Syatilla Melvin Antara Yang Tawar Jadi Ibu Susuan Ayash” – Shuib

Shuib perlu menggalas tanggungjawab yang besar untuk membesarkan empat cahaya mata tanpa bidadari syurganya, Siti Sarah Raisuddin disisi, tambah lagi pada anak keempatnya, Ayash Affan yang baru saja dilahirkan beberapa hari lepas.

Advertisement

Menurut laporan mStar, Shuib mula rasa bimbang setelah memikirkan soal susu untuk Ayash Affan yang kini sedang berada di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Ketika dihubungi mStar, Shuib juga mendedahkan bahawa terdapat banyak tawaran yang mahu menjadi ibu susuan kepada anak bongsunya itu termasuklah pelakon Syatilla Melvin.

Ramai orang yang tawarkan termasuk Syatilla Melvin pun ada. Bila fikir balik, kena juga tahu orang itu minum apa. Nanti jadi ibu susuan, saya taktahu sangat. Nak kena tanya ustaz dulu – katanya kepada mStar

Menurut Shuib, berkemungkinan yang Ayash Affan dah boleh balik rumah dalam sebulan lebih lagi dan masih tidak berpeluang untuk berjumpa kerana risiko tinggi wabak di PPUKM.

Keadaan anak bongsunya itu juga dikatakan semakin stabil dan beratnya juga telah melebihi dari 1.8 kilogram. Alhamdulillah, semoga Ayash Affan cepat-cepat membesar dengan sihat.

siti sarah
Apapun, semoga terus kuat demi anak-anak ya! Ramai yang mendoakan dan sentiasa memberi sokongan buat Shuib.

The post “Syatilla Melvin Antara Yang Tawar Jadi Ibu Susuan Ayash” – Shuib first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.