Ads Top

Main Ad

Tak Main-Main, Azwan Ali Selesai Buat Laporan Polis Terhadap Pelakon Wanita

Pengacara sensasi, Azwan Ali dilaporkan telah selesai membuat laporan polis terhadap seorang pelakon wanita terkenal yang didakwa telah membuat kenyataan fitnah terhadap dirinya.

Advertisement

Azwan Ali yang lebih dikenali sebagai Diva AA itu dilihat berkongsi mengenai laporan itu di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Azwan AliSumber : Instagram Azwan Ali  

Jelas Azwan dalam laporan polis itu , kenyataan fitnah yang diterima olehnya telah merosakkan reputasinya sebagai anak seni.

Report polis done, kes fitnah dan ugutan bunuh. Sekarang percayakan pihak polis.

Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa Azwan Ali ada bercadang untuk mengeluarkan saman bernilai RM5 juta kepada seorang pelakon wanita yang didakwa telah memfitnahnya.

Advertisement
Che Ta IGSumber : Google  

Dia yang pada awalnya memberi kenyataan provokasi kepada pelakon wanita itu mengenai cara berpakaian ketika menerima vaksin telah mendapat ‘serangan balas’ daripada aktress terbabit  yang mengaitkan kemewahan yang dimiliki oleh Azwan Ali ada berkaitan dengan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Azmin Ali yang juga merupakan abang kandungnya.

Selebriti wanita itu berkata demikian kerana terkejut dengan perkataan ‘b*rit mak hang’ yang ditulis pengacara sensasi itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tak Main-Main, Azwan Ali Selesai Buat Laporan Polis Terhadap Pelakon Wanita first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.