Ads Top

Main Ad

Tak Pernah Jumpa, Berhubung Melalui Telefon, Zalif Sidek Tunang Dengan Gadis Pilihan Keluarga

Tidak pernah bertemu dan sekadar berhubung melalui telefon ataupun panggilan video, pelakon Zalif Sidek rancang untuk disatukan bersama tunangnya, Anis Marzuki, gadis pilihan keluarga tahun depan.

Advertisement

Atas sebab larangan merentas negeri, majlis pertunangan dan menghantar tanda di kediaman keluarga Anis di Kuantan, Pahang telah disempurnakan oleh ibu saudaranya yang menetap di daerah yang sama.

Lagipun, ibu saudara saya itu rapat dengan keluarga Anis. Merekalah yang memperkenalkan kami. Mengambil keberkatan hari Jumaat, saya bersyukur semuanya lancar.

Katanya ketika dihubungi oleh BH Online.

Apabila pihak BH bertanyakan soal keperibadian tunangnya, pelakon Hantu Dalam Botol Kicap berkata gadis pilihan keluarganya itu seorang yang ringan tulang dan perkara yang membuatkan hatinya terbuka kerana Anis menerima dirinya seadanya.

Advertisement

Tunang Zalif Sidek

Pelakon itu turut berkata jika tiada halangan yang melanda, dia merancang untuk bernikah sebelum Aidilfitri tahun depan menjelma dan berharap keadaan ketika itu sudah pulih serta sudah boleh mengadakan majlis resepsi.

Semoga berbahagia!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tak Pernah Jumpa, Berhubung Melalui Telefon, Zalif Sidek Tunang Dengan Gadis Pilihan Keluarga first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.