Ads Top

Main Ad

(TAKZIAH) Diana Rafar Alami Keguguran Di Usia Kandungan Dua Bulan

Pelakon Diana Rafar dilaporkan telah mengalami keguguran setelah mengalami pendarahan, semalam.

Advertisement

Malah, ujar Diana, dia juga baru mengetahui bahawa dirinya sedang hamil setelah berasa hendak pitam ketika hari kejadian.

View this post on Instagram

A post shared by Diana Rafar (@dianarafar)

Sejujurnya saya tak tahu pun hamil. Apabila tiba-tiba nak pengsan sebab pitam, buat pemeriksaan saya mengandung lagi. Ketika itu tekanan darah saya rendah sangat iaitu bawah 70. Dalam masa sama saya sudah mengalami pendarahan selama empat hari. Jadi tadi terus dicuci.

Cerita pelakon drama Ezora ini lagi, prosedur memasuki bilik pembedahan baginya sangat menakutkan kerana ia pengalaman pertama buat dirinya.

Tambahan pula, suami yang juga pelakon, Zamarul Hisham tidak dapat menemani kerana perlu patuh SOP berikutan pandemik yang melanda negara pada ketika ini.

Meskipun sedih dengan kejadian itu, Diana walau bagaimanapun reda dan menganggap tiada rezeki.

View this post on Instagram

A post shared by Diana Rafar (@dianarafar)

Advertisement

Diana pada ketika ini masih lagi dirawat di sebuah pusat perubatan kerana masih lemah dan tidak kuat.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang cuba untuk menghubungi untuk bertanya mengenai keadaannya pada ketika ini.

Sekadar info, Diana baru sahaja melahirkan anak ketiganya pada bulan September tahun lalu. Dia dan Zamarul juga mempunyai dua orang sebelum ini iaitu Kashfi Haiqal,11, dan Kayla Reysha yang kini berusia 4 tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post (TAKZIAH) Diana Rafar Alami Keguguran Di Usia Kandungan Dua Bulan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.