Ads Top

Main Ad

(TAKZIAH) Ibu Amy Search Meninggal Dunia

Penyanyi rock lagenda, Amy Search memaklumkan bahawa ibunda tercinta, Fatimah Idris telah kembali ke rahmatullah sekitar jam enam petang, semalam.

Berita duka itu dikongsikan penyanyi lagu Isabella itu menerusi beberapa hantaran di media sosialnya untuk pengetahuan peminat di luar sana.

Advertisement

Difahamkan, Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir di rumah anak saudara bertempat di Kota Damansara jam enam petang dan telah disahkan pemergiannya oleh penolong kanan Hospital Sungai Buloh pada ham 10.45 malam.

Allahyarhamah telah dimandikan jam 8 pagi tadi di Masjid Kuning Kota Damansara dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara.

Advertisement

Dalam pada itu, anak perempuan Amy, pelakon Nabila Huda turut menzahirkan perasaan sedih dan duka di atas pemergian neneknya itu di laman Instagram.

Al-fatihah dan salam takziah diucapkan buat Amy Search sekeluarga di atas kehilangan ibu tercinta.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post (TAKZIAH) Ibu Amy Search Meninggal Dunia first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.