Ads Top

Main Ad

(TAKZIAH) Ibu Ebi Kornelis Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Ibu naib juara Akademi Fantasia musim kelima, Ebi Kornelis iaitu Allahyarham Reni Bakar, 81 telah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat COVID-19 di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu, Sabah.

Advertisement

Lebih menyedihkan lagi, penyanyi tersebut tidak sempat bertemu dengan arwah ibunya sejak empat hari lalu kerana tengah menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC), kampus Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) apabila disahkan positif COVID-19 pada 7 Ogos lalu.

Selain Ebi, 38, bapanya, Yaimal Muhammad, turut dijangkiti COVID-19 dan kini tengah mendapatkan rawatan serta kuarantin di hospital sama ditempatkan arwah ibunya.

Facebook Ebi Kornelis

Perkara ini telah dimaklum dan disahkan oleh anak saudara Ebi iaitu Afza Kharmizi Abu Bakar apabila pihak Berita Harian gagal untuk menghubungi penyanyi itu atas masalah liputan telekomunikasi.

Advertisement

Ketika ini, Ebi dan datuk masih menjalani kuarantin. Keadaan datuk stabil dan di bawah pemerhatian doktor.

Terdahulu, Ebi dan bapanya disahkan positif COVID-19. Ebi ditempatkan di Hospital Tuaran, sebelum dipindahkan ke PKRC.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post (TAKZIAH) Ibu Ebi Kornelis Meninggal Dunia Akibat COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.