Ads Top

Main Ad

(TAKZIAH) Seniwati Mimi Loma Meninggal Dunia Di Usia 75 Tahun

Pelakon veteran, seniwati Mimi Loma dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 75 tahun sekitar jam 2.20 pagi tadi.

Advertisement

Menurut anak tunggalnya, Sherina Othman,48, Allahyarham tidak mengalami sebarang sakit tenat tetapi hanya cirit birit dan kurang selera makan sejak beberapa hari yang lalu.

Mimi LomaSumber : Google  

Ujarnya lagi, ibunya itu mula menunjukkan tanda-tanda lemah dan sukar melelapkan mata serta muntah-muntah ketika diberi makan.

Menyangka Allahyarhamah hanya penat akibat tidak sihat, Sherina tidak menyangka ibunya akan pergi buat selama-lamanya.

Sekitar pukul 2 pagi, tangan serta kakinya mula sejuk dan pernafasan menjadi perlahan. Saya tidak sedap hati dan memanggil jiran dan rakan. Ketika memeriksa pernafasan sekitar pukul 2.10 pagi, arwah masih bernafas. Kemudiannya terus senyap. Arwah pergi dengan tenang dan Alhamdullilah kami sempat mengajar arwah mengucap ketika sedang nazak.

Pemergian Allahyarham turut dikongsi anak saudara yang juga anak kepada Allahyarham Seniwati Mariani iaitu Rozita Rohaizad di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Rohaizad (@rozitarohaizad)

Advertisement

Maklum Rozita, jenazah dilaporkan telah dibawa ke Surau Al-Husna berdekatan PPR Semarak sekitar jam 8 pagi tadi untuk pengurusan jenazah dan akan dikebumikan di Taman Batu Muda, Batu Caves, Selangor.

Sekadar info, Mimi Loma atau nama sebenarnya Aminah Ismail merupakan adik kepada biduanita Allahyarhamah Puan Sri Saloma dan Allahyarhamah Seniwati Mariani Ismail.

Allahyarhamah juga pernah membintangi filem arahan Tan Sri P. Ramlee iaitu Ahmad Albab dan aktif menyanyi ketika era 1960-an.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post (TAKZIAH) Seniwati Mimi Loma Meninggal Dunia Di Usia 75 Tahun first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.