Ads Top

Main Ad

Terima Tempahan Banyak Atas Nama Siti Sarah, Amelina Sebak Ada Individu Bantu Perniagaan Makanan

Penyanyi dangdut terkenal, Amelina berasa sebak apabila dia ada menerima tempahan makanan yang tidak diduga daripada individu dengan niat untuk membantu perniagaan makanan yang diusahakannya kini.

Advertisement

Malah, yang lebih terharu apabila individu ini menyatakan niat untuk menyedekahkan makanan yang ditempah di atas nama arwah Siti Sarah.

Terasa seperti disayangi, Amelina memberitahu ada juga yang menempah makanan yang dihasilkan untuk diberi kepada golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.

Minggu lepas ada hamba Allah ni dia beli dari Kak Long (Amelina) dan minta Kak Long sedekahkan atas nama Allahyarhamah Siti Sarah dan dalam masa yang sama nak bantu Kak Long sebab kami berdua adalah artis kegemaran beliau. Menitis air mata Kak Long campur sayu terdetik dalam hati Kak Long betapa indahnya bila diri disayangi.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Semakin Rindu Semakin Asyik ini di akaun Instagram miliknya di mana dia turut menunjukkan tangkap layar perbualan bersama individu tersebut.

Advertisement

“Ada yang baut atas nama arwah mak ayah mereka dan ada untuk diri sendiri. Dan bila kaklong cakap terima kasih mereka akan kata ‘saya nak bersedekah sambil tolong Kak Long & supaya bersemangat terus.’ “ ceritanya lagi.

Terdahulu, Amelina kini mengambil tempahan memasak beberapa menu set nasi yang diusahakan sendiri di rumah semenjak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Terima Tempahan Banyak Atas Nama Siti Sarah, Amelina Sebak Ada Individu Bantu Perniagaan Makanan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.