Ads Top

Main Ad

“Tiada Guna Sakit Hati..” Shuib Maafkan Aisar Khaled Isu Buat ‘Content’ Melampau

Kontroversi membabitkan YouTuber dan juga pelakon, Aisar Khaled akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila Shuib dilaporkan telah memberi kemaafan dan enggan lagi mengeruhkan keadaan.

Advertisement

Aisar juga dilihat memuat naik pesanan suara yang dihantar suami kepada Allahyarhamah Siti Sarah itu menerusi aplikasi WhatsApp pada Sabtu lalu.

Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram milik Aisar itu, Shuib berkata dia sudah memaafkan kesalahan YouTuber itu dan sama sekali tidak menyimpan dendam atas apa yang telah berlaku.

Tak apa, dari awal apabila dapat tahu saya tengok video tu saya dah maafkan awak..tiada guna sakit hati atau berdendam. Saya nak mudahkan urusan semua orang, saya juga minta Allah permudahkan urusan saya, jadi saya tak nak menyusahkan orang lain. Tiada manusia sempurna di dunia, saya pun selalu buat salah dan dosa.

Tambah Shuib lagi, diharap perkara tersebut diambil sebagai pengajaran kepada mereka di luar sana dan mengambilnya sebagai iktibar.

Advertisement

Terdahulu, Aisar dikecam hebat oleh netizen apabila dia telah memuat naik video melawat ke Tanah Perkuburan Islama Sungai Pusu, Gombak di mana Allahyarham Siti Sarah telah dikebumikan untuk kandungan laman YouTube miliknya pada 9 Ogos lalu.

Dalam pada itu, Aisar yang baru berusia 21 tahun ini mengucapkan terima kasih kepada Shuib di atas permohonan maafnya dan turut berjanji untuk tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Tiada Guna Sakit Hati..” Shuib Maafkan Aisar Khaled Isu Buat ‘Content’ Melampau first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.