Ads Top

Main Ad

Tidak Suka Dibandingkan Dengan Orang Lain, Sharifah Rose Ajak Peminat Hargai Diri Sendiri

Pelakon dan juga selebriti media sosial, Sharifah Rose memberitahu bahawa dia tidak gemar apabila dirinya dibandingkan dengan orang lain di sosial media.

Advertisement

Sharifah atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira,23, mendedahkan mengenai perkara itu ketika dia ditanyakan peminat mengenai perkara yang membuatkan dia kurang senang dan cara untuk mengatasi masalah itu.

Sharifah RoseSumber : Instagram Sharifah Rose  

Sharifah yang lebih mesra disapa sebagai Rose itu berkata, sikap segelintir orang yang suka membandingkan dirinya dengan individu lain akan membuatkan dia berasa kurang dihargai.

Saya tidak suka dibandingkan dengan orang lain. Perbuatan itu membuatkan saya berasa kurang dihargai. Apabila orang bercakap tentang kekurangan saya pada wajah atau sesuatu pada anggota badan saya, saya sebenarnya tidak terlalu memikirkannya. Sebab saya sendiri akan sedar perubahan pada badan saya.

Pelakon drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard itu juga memaklumkan bahawa dia akan selalu meluahkan mengenai perkara itu kepada kedua ibu-bapanya.

Tambah Rose, seseorang itu perlu bersyukur dan menghargai diri sendiri kerana dilahirkan sempurna dan cukup sifat serta menggunakan kesempurnaan itu untuk membuat kebaikan kepada orang lain.

Jelasnya lagi, untuk menghilangkan stres dan tekanan yang diterimanya dalam media sosial, Rose memilih untuk membaca buku motivasi sebagai salah satu cara untuk dia tidak menjadi terlalu lalai dan mengambil berat dengan kritikan oleh netizen.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tidak Suka Dibandingkan Dengan Orang Lain, Sharifah Rose Ajak Peminat Hargai Diri Sendiri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.