Ads Top

Main Ad

TMJ Tegur Syafiq Lepas Tulis “Seronok Tengok Kawan Main Bola”

Bila sebut pasal kelab bola sepak Malaysia, pasti kita akan terbayangkan kelab Johor Darul Takzim (JDT) yang dimiliki Tuanku Ismail Sultan Ibrahim atau TMJ. Ini apabila JDT berjaya mencapai kejayaan demi kejayaan dalam Malaysia mahupun peringkat Asia.

Advertisement

Namun, JDT yang memiliki ramai pemain handal menyebabkan mereka semua perlu bersaing sesama sendiri dan menunjukkan keupayaan melebih 100 peratus. Ini amat penting bagi memastikan mereka dapat beraksi di padang sewaktu perlawanan dan bukan hanya duduk di bangku simpanan.

Tapi sebentar tadi, seorang pemain JDT, Syafiq Ahmad telah mencetuskan kontroversi selepas menaikkan satu ayat di Twitter yang berbunyi…

tmj

Mungkin pada waktu inilah baru Syafiq sedar yang ayat pendek itu sebenarnya kurang bijak dan tidak profesional.

Advertisement

TMJ telah menegur Syafiq melalui Instagram Story di mana semua pemain perlu bekerja keras untuk mendapatkan tempat untuk beraksi. TMJ juga menegaskan jika tidak suka dengan cara pengurusan yang sememangnya telah dipersetujui sewaktu tandatangan kontrak, pemain bebas untuk pergi ke pasukan lain.

tmj

Syafiq yang sedar kesilapannya itu dengan pantas membuat permohonan maaf secara terbuka kepada TMJ melalui Instagram Story miliknya.

syafiq ahmad

Mesti ada antara korang yang tertanya apa yang dimaksudkan dengan TMJ “selepas insiden peristiwa pahit”. Pada penghujung tahun lalu, Syafiq Ahmad telah terlibat dalam satu kemalangan yang mengakibatkan anak, ibu mertua dan pembantu rumah maut. Syafiq dan anak sulungnya pula selamat dan isterinya pada waktu itu kritikal.

Selepas diberikan cuti panjang, Syafiq kembali pada Februari 2021 dengan semangat baru. Syafiq telah bersama JDT selama 4 tahun dan sejak kejadian itu, dia kurang beraksi dalam perlawanan penting.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post TMJ Tegur Syafiq Lepas Tulis “Seronok Tengok Kawan Main Bola” first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.